‎۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Assalamulaikum warahmatullah. Saya kongsikan bahan dan Latihan Pendidkan Islam Tahun 2 : Istinjak untuk kegunaan murid-murid semua. Semoga bermanfaat.

Objektif Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 : Istinjak

Istinjak adalah salah satu tajuk dalam bidang Ibadah dalam Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 2. Dalam tajuk ini murid akan dapat:

  • Menyatakan erti Istinjak
  • Menyatakan cara–cara beristinjak
  • Menyenaraikan alat–alat beristinjak

Latihan Pendidikan Islam Tahun 2 : Istinjak

  1. Apakah yang dimaksudkan oleh Istinjak?
  2. Alat-alat istinjak terbahagi kepada
  3. Antara alatan istinjak menggunakan benda-benda kesat adalah seperti berikut KECUALI?
  4. Ciri-ciri alat istinjak di bawah adalah betul kecuali?
  5. Aqilah beristinjak menggunakan daun seperti gambar. Adakah istinjak Aqilah dibolehkan?
  6. Kamal beristinjak menggunakan alat seperti gambar. Adakah istinjak Kamal dibolehkan?
  7. Ramlah beristinjak menggunakan air seperti gambar. Adakah istinjak Ramlah dibolehkan?
  8. Antara syarat beristinjak selain air adalah?
  9. Cara beristinjak selain air adalah seperti berikut KECUALI?
  10. Kamal tidak beristinjak selepas membuang air kecil. Apakah hukum bagi perbuatan Kamal?

Jawab Kuiz Istinjak Melalui Quizizz

Murid-murid boleh menjawab soalan menggunakan Quizizz. Sebaiknya, buat catatan dalam buku nota. Sekiranya jawapan kurang tepat, buat pembetulan. Sila klik pautan di bawah untuk jawab dan semak:

Rujukan Pendidikan Islam Tahun 2 : Istinjak

Buku Teks Pendidikan Islam tahun 2, Muka Surat 74.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here