Modul Pendidikan Islam Tahun 1 bidang jawi.

Modul ini disediakan sepanjang cuti sempena PKP di seluruh negara. Modul ini diharap dapat membantu guru-guru Pendidikan Islam khususnya guru-guru yang mengajar tahun 1. Modul ini adalah perkongsian untuk guru-guru kepada murid secara luar talian (offline) bagi membantu murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan peranti dan gadget seperti telefon bimbit atau komputer.

Selain itu, penggunaan modul adalah penyelesaian terbaik bagi merancang PdPR yang lebih tersusun dan bersistematik. Walaupun pembelajaran bersemuka tidak dapat dijalankan, guru dan murid masih dapat meneruskan pembelajaran melalui perkongsian modul. Kebanyakan guru, murid dan ibu bapa menghadapi kesukaran bagi menyesuaikan diri dalam pembelajaran norma baharu, namun penggunaan modul dilihat amat berkesan bagi membantu keciciran ilmu di kalangan murid.

Semoga perkongsian modul Pendidikan Islam Tahun 1 bidang jawi ini mampu membantu guru dan murid-murid untuk sesi Pdpr yang lebih berkesan.

Kami akan mengemaskini modul dan bahan pembelajaran dari masa ke semasa

1Modul Jawi huruf sama bentuk (1)Muat Turun
2Modul Jawi huruf sama bentuk (2)Muat Turun
3Modul Jawi huruf suku kata terbuka (1)Muat Turun
4Modul Jawi huruf suku kata terbuka (2)Muat Turun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here