Ustazah kongsikan Modul Jawi Tahun 1 (huruf sama bentuk dan suku kata terbuka jawi) sebagai pelengkap sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Modul ini disediakan sepanjang cuti sempena PKP di seluruh negara. Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu memudahkan urusan guru-guru Pendidikan Islam khususnya guru-guru yang mengajar tahun 1.

Perkongsian ini bersesuaian dengan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran secara luar talian (offline). Penggunaan modul pastinya dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan peranti dan gadget seperti telefon bimbit atau komputer.

Selain itu, penggunaan modul adalah penyelesaian terbaik bagi merancang PdPR yang lebih tersusun dan bersistematik. Walaupun pembelajaran bersemuka tidak dapat dijalankan, guru dan murid masih dapat meneruskan pembelajaran melalui perkongsian modul ini.

Kebanyakan guru, murid dan ibu bapa menghadapi kesukaran bagi menyesuaikan diri dalam pembelajaran norma baharu. Namun begitu, penggunaan modul dilihat amat berkesan bagi membantu keciciran ilmu dalam kalangan murid.

Modul Jawi Tahun 1 : Huruf sama bentuk dan suku kata terbuka jawi

Insha-Allah, ustazah akan mengemaskini modul dan bahan pembelajaran dari semasa ke semasa. Muat turun di sini:

1Modul Jawi huruf suku kata terbuka (3)Muat Turun
2Modul Jawi huruf suku kata terbuka (4)Muat Turun

Bahan-Bahan Lain:-

BidangSenarai BahanKlik Pautan
Al-Quran
Ulum Syariah
JawiHuruf sama bentuk dan suku kata terbuka

Semoga perkongsian Modul Jawi Tahun 1 : Huruf sama bentuk dan suku kata terbuka jawi (3) dan (4) ini mampu membantu guru dan murid-murid untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Sehingga bertemu lagi. مَعَ السَّلاَمَة فِي أَمَانِ الله

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here